PENGENALAN PLC
By
Elektrik&Elektronik FPTV student (UTHM)
PLC_Notes
1 comments
PENGENALAN KEPADA PLC
Sebelum anda mempelajari PLC secara terperinci, adalah lebih baik anda memahami terlebih dahulu konsep penggunaan Geganti kerana PLC direkabentuk atau wujud bertujuan menggantikan pengunaan Geganti di industri di mana sistem automasi yang komplek memerlukan penggunaan Geganti yang banyak bagi mendapatkan hasil keluaran yang dikehendaki. Gambarajah (a) dan Gambarajah (b) ialah satu contoh proses untuk mengawal keluaran.
Gambarajah (a) : Penggunaan Geganti
Gambarajah (b) : Pengunaan PLC
Definisi PLC
Untuk pengetahuan anda, PLC di definisikan oleh National Electrical Manufacturers Association of Amerika ( NEMA ) sebagai :
“ Satu sistem elektronik beroperasi digital yang digunakan di dalam persekitaran industri, yang
mana menggunakan ingatan yang boleh diaturcara untuk simpanan dalaman ke atas arahanarahan untuk melaksanakan fungsi tertentu seperti logik, turutan, pemasaan, pembilang dan pengiraan matematik untuk mengawal berbagai mesin atau proses melalui modul masukan dan keluaran digital ataupun analog.”
Latarbelakang PLC
Di antara faktor awal yang mewujudkan rekaan dan pembangunan sistem kawalan yang boleh di aturcarakan adalah seperti berikut :
a) Keperluan kos yang rendah
b) Penggunaan secara pintar
c) Pengawal yang mudah dikawal
PLC yang pertama telah direka oleh sekumpulan jurutera di Syarikat General Motor (GM), Amerika Syarikat dalam tahun 1968 bila syarikat tersebut mencari kaedah lain untuk menggantikan sistem kawalan geganti yang rumit. Mereka juga telah menetapkan bahawa spesifikasi sistem kawalan yang baru ini mestilah memenuhi keperluan berikut :
a) Mudah diaturcarakan
b) Tidak perlu pendawaian semula keatas sistem kawalan jika berlaku perubahan keatas
aturcara
c) Lebih kecil, murah dan keboleharapan yang tinggi.
d) Binaannya ringkas dan penyelenggaraanya murah.
e) Kos yang kompetitif.
Fungsi dan Jenis Binaan PLC
Fungsi PLC
PLC boleh melakukan pelbagai fungsi, diantarannya adalah seperti berikut :
Jenis-Jenis Binaan PLC
Rajah di bawah menunjukkan beberapa jenis binaan PLC yang terdapat di pasaran masa kini.
a) Nano Brick Style
b) Compact PLC Seri
d) Rack PLC Series
Kelebihan PLC
1. Membuat atau mengubahsuai sistem kawalan lebih mudah kerana tidak perlu mengubah sistem pendawaian , cuma perlu mengubah aturcara.
2. Keboleharapan PLC adalah tinggi kerana ia menggunakan komponen elektronik yang tidak melibatkan pergerakan fizikal
3. Penyelengaraan PLC adalah mudah dan murah kerana ia menggunakan komponen elektronik dan ia mempunyai aturcara diagnostik sendiri. Ini akan mengurangkan down-time.
4. PLC boleh berantaramuka dengan PLC lain dan sistem komputer untuk memproses penukaran maklumat.
5. Saiz PLC yang kecil menyebabkan ia hanya memerlukan ruang yang kecil dan sesuai diletakkan dimana-mana sahaja.
6. PLC tahan lasak terhadap hingar elektrik , kelembapan yang tinggi dan persekitaran yang tidak selesa.
this notes was really useful
ReplyDelete